Visi dan Misi
VISI
Memastikan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telah digubal dan diluluskan dilaksanakansecara berkesan.
Penyataan Dasar
Memastikan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telah digubal dan diluluskan dilaksanakansecara berkesan.
Penyataan Dasar
· Penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan adalah seperti berikut:
“Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang
komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak
dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi
kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta
pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.”
MISI
Bahagian TUNAS MINDA BESTARI komited bagi memastikan objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan dilaksanakan yang merangkumi perkara-perkara berikut:
MISI
Bahagian TUNAS MINDA BESTARI komited bagi memastikan objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan dilaksanakan yang merangkumi perkara-perkara berikut:
· *menyediakan asas kepada pembangunan
potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan
mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa
· *menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4
tahun mendapat asuhan dan didikan awal yang berkualiti bagi merangsang
perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal,
bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat
dan menyeronokkan
· *membangunkan kurikulum yang komprehensif
bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan,
pengasuhan, nutrisi dan kesihatan
· *mewujudkan kemudahan infrastruktur dan
persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi
membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif
· *Melaksana pembinaan dan menyelia Pusat
Anak TUNAS MINDA BESTARI (TMB) di seluruh negeri.
Piagam
Pelanggan
Kami warga
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TUNAS MINDA BESTARI) dengan penuh
tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk:
· *Menyediakan sistem didikan
awal dan asuhan kanak-kanak yang terbaik berasaskan pembelajaran melalui
bermain bagi memenuhi kehendak ibu bapa, komuniti dan negara serta memenuhi
slogan kami ‘Setiap Anak TUNAS Negara’;
· * Memberi peluang yang sama
kepada setiap kanak-kanak yang layak menyertai Program TUNASMINDA BESTARI tanpa
mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat didikan awal dan
asuhan yang sebaik-baiknya;
· * Menguruskan kerja dengan
cekap, pantas dan bijaksana;
· *Menyediakan staf yang
mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab
dan produktif;
· *Menyediakan
kemudahan-kemudahan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan
piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan yang
prihatin; dan
· *Memastikan semua Bahagian
sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan
pelanggan – ibu bapa, anak-anak, pendidik, dan masyarakat ;.