Isnin, 12 Mac 2012

Foto tadika






Tadika Tunas Minda Bestari 2010

Aktiviti main doh 2012



aktiviti kad huruf 2012

Ahad, 22 Januari 2012

PENGENALAN TUNAS MINDA BESTARI


Visi dan Misi

VISI


Memastikan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telah digubal dan diluluskan dilaksanakansecara berkesan.
Penyataan Dasar
·        Penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah seperti berikut:

“Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.”



MISI

Bahagian TUNAS MINDA BESTARI komited bagi memastikan objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan dilaksanakan yang merangkumi perkara-perkara berikut:
·  *menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa

·      *menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan awal yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan

·     *membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan

·   *mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif

·     *Melaksana pembinaan dan menyelia Pusat Anak TUNAS MINDA BESTARI (TMB) di seluruh negeri.

 Piagam Pelanggan TUNAS MINDA BESTARI

Piagam Pelanggan

Kami warga Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TUNAS MINDA BESTARI)  dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
·           *Menyediakan sistem didikan awal dan asuhan kanak-kanak yang terbaik berasaskan pembelajaran melalui bermain   bagi memenuhi kehendak ibu bapa, komuniti dan negara serta memenuhi slogan kami ‘Setiap Anak TUNAS Negara’;

·           * Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak yang layak menyertai Program TUNASMINDA BESTARI tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat didikan awal dan asuhan yang sebaik-baiknya;

·          * Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana;

·      *Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif;

·          *Menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan yang prihatin; dan

·         *Memastikan semua  Bahagian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan – ibu bapa, anak-anak, pendidik, dan  masyarakat ;.